Analisis Jalanan: Sekitar Parti Amanah Negara

Ocen
3 min readSep 13, 2015

--

http://m.kinitv.com/video/22945O74

Keluarnya Mat Taib dan Kamaruddin Jaafar daripada PAS dan masuk PKR adalah suatu yang tidak mengejutkan bagi saya walaupun mereka selama ini sering bersama GHB/Amanah dalam sidang berita selepas berpecahnya Pakatan Rakyat. Amanah yang baru sahaja diperkenalkan beberapa minggu lepas dilahirkan bagi alternatif parti islamik selain PAS, yang ramainya terdiri daripada bekas ahli PAS sendiri.

Parti Amanah ini mungkin dapat diterima umum berbanding pendirian parti PAS yang tampak lebih ortodoks dalam pendekatannya terutama sekali dapat dilihat selepas muktamar yang lalu. Namun begitu, keberlangsungan parti Amanah boleh dipersoal dalam misi pakatan rakyat sebelum ini. Bolehkah Parti Amanah mendapat sokongan dan memenangi kerusi, sedang ramai daripadanya adalah calon-calon yang kalah pada pilihanraya lalu.

Parti baru seperti parti Amanah ini amat memerlukan sokongan ahli bawahan yang kuat bagi meneruskan misi mereka. Walaupun parti ini boleh diterima dari kebanyakan yang menyokong pembangkang, tapi kekuatan parti itu hanya dapat diterjemahkan daripada keahlian atau akar umbi yang dibentuk.

Walau Amanah berbunyi lebih lunak berbanding PAS, sayang seribu kali sayang, pendapat saya dapat dikatakan sudah terdapat anak muda yang berprinsip seperti ahli parti Amanah itu sudah terdapat didalam parti PKR itu sendiri kerana tidak dapat berpendapat PAS agak konservatif bagi mereka. Dapat saya katakan sokongan fizikal kepada Amanah sudah terhad bilangannya kepada ahli PAS yang sama keluar dari parti itu atau anak muda yang masih belum punyai mana-mana keahlian didalam parti Pakatan Rakyat tetapi mempunyai visi yang sama.

Namun begitu keahlian ustaz Hasanuddin Mohd Yunus kedalam Amanah adalah satu yang perlu diberi perhatian. Kebanyakan ahli Ikram selalunya akan mengambil pendirian menyumbang tenaga untuk pilihanraya atau satu-satu parti dibalik tabir. Dengan penglibatan naib presiden mereka ke dalam Amanah boleh dijangka Amanah bakal menerima beberapa ahli daripada kumpulan anak muda di bawah jemaah Ikram.

Maka apa yang dapat saya simpulkan disini, Amanah mungkin dapat berdiri sendiri tetapi sekukuh mana. Pakatan Rakyat 2.0 (PR) masih dalam perbincangan. DAP dan PKR akan kekal sebagai peneraju PR. Amanah mungkin akan menjadi tenaga ketiga menggantikan PAS dahulunya, dan bertanding kepada kerusi-kerusi PAS dahulu. Berbanding DAP dan PKR, cukup kuatkah Amanah untuk bertanding tiga penjuru sekiranya PAS turut sama bertanding di kerusi yang sama ditambah pula dengan musuh tetap Barisan Nasional?

Saya juga berpendapat pada pilihanraya akan datang akan memperlihatkan kerjasama ISMA dan PAS sebagai sebuah pakatan ketiga melalui pimpinan kedua-duanya baru-baru ini. Tetapi masih menjadi tanda tanya adalah samada mereka akan membentuk kerjasama hanya sebagai ‘third force’ atau bakal bersama Barisan Nasional. Ini bakal bergantung kepada misi mereka, samada tidak ingin perubahan berlaku dengan alasan, pengaruh cina, kristianisasi dan liberalisme daripada PR atau akan berdiri sendiri dengan prinsip islamisasi mereka.

Tidak kira mana satu pilihan mereka, kita bakal melihat pengekalan kuasa Barisan Nasional sebagai kerajaan Malaysia. Kenapa? Perpecahan undi melayu yang sangat jelas dari UMNO, PAS, PKR, Amanah dan sebahagian kecil kepada DAP, manakala majoriti undi bukan melayu berpecah dua Barisan Nasional dan DAP dan sebahagian kecil kepada PKR. Ini hakikat. UMNO terus mara menerajui negara ikut acuan mereka. Permainan kad bangsa diteruskan dengan bunyi islamik kini.

--

--

Ocen
Ocen

Written by Ocen

bermain dengan emosi #struggle

No responses yet